Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

jangan panggil aq kambing hanya sebab aq takut air!!

hari yang sangat menggeliatkan urat saraf. terasa mau tidur selepas maghrib tadi, sepatutnya sambung tidur tetapi gagahkan diri untuk update blog malam ini juga. hebat kan? dah tau xperlu puji lagi! sepanjang cuti ini memang bercadang nak bawak adik - adik aq menghirup udara segar ye..dari hari 1st cuti yang konon - kononnya mau mencari kerja tetapi aq terpaksa berkorbankan niat murni itu...sebenarnya xtau nak kerja kat mana..arghhh! alasan semata - mata. ok kembali pada topik asal kreet..kreet..kreet ( bunyi patah balik ) aq da banyak kali surf tempat - tempat menarik kat Johor ni tapi hampeh! langsung tak menarik perhatian aq. Setelah otak berputar ligat berfikir berminggu - minggu, malam semalam baru aq terfikir untuk bawa dowg bermandi - manda! tak mo air terjun sebab musim hujan. air sejuk dan deras kesian kat nabihah yang baru baik demam. Air Terjun Kota Tinggi dah dibuang daerah  out of list awal - awal...berkerah keringat lagi..otak kata pantai! ermmm..menarik. dapat menambahkan tanned kulit! bukan kulit aq memang da gelap?teeeeeeet! hati pula menjerit - jerit berbunyi begini " kan tadi ko kata musim hujan, mestilah air laut pasang sekarang ni.." a'ah la..

so, Kota Tinggi memang diharamkan  dijauhkan dari tayar kereta. FULLSTOP! jari masih menari - nari di atas keyboard ( sastera beb! ko ada? ) tiba - tiba terpacul mentol di luar otak fikiran! indoor water park! memanggil rakyat jelata agar berkumpul ( padahal hanyalah adik - beradik yang cuma berangka 3 orang saja ) dan mengadakan mesyuarat tergempar! soh..seh..soh..seh..terjumpa ini di internet ********. apakah? cuma teka? oklah, eden baik hati. bagitaulah. enjoy da picture!


ketika di highway Pasir Gudang sangat jammed biasalah peak hour sebab kitaowg gerak lepas zuhur. tiba - tiba terdapat seekor lori memintas aq. fine! aq pemandu yang sopan santun ok! yang mencalarkan jiwa aq, lihat anak panah di atas : tak de lampu brek!! naseb baek kami tak bercium secara lucah di situ! lihat pula bulatan : no plat da usang padahal masih baru, bolehlah kalau dah JJM 8814..amik ko popular ko di sini! biar pak cik polis baca dan saman sama dy!!!

kemudian, aq naik flyover ke Larkin tapi take right lane maknanya ke Kempas. teruskan perjalanan anda sehinggalah jumpa Taman Setia Tropika. jangan belok! jangan berhenti di traffic light! terus sahaja dan amik laluan kanan ( laluan kanan??errrr ) BERHENTI kalau lampu merah! kalau tak kowg jalan je lampu kuning pun bedal je jalan. baru pemandu tegar! belok ke kanan ok! teruskan perjalanan anda tanpa membelok ataupun membuat putaran U ataupun V hanya berhenti bila lampu merah ( kan da cakap tadi! haishh! ).

kemudian lalu satu kawasan perumahan yang baru jalan lagi. kawasan kilang...hampir sampai tu! lepas tu kat sebelah kiri anda terdapat satu warung yang bernama " WARUNG INGAT SELALU" maaf tiada gambar. 500m kemudian, anda sudah sampai di sini ( di sebelah kanan anda ) :


nampak? kitaowg mandi kat STARHILL, Kempas! jauh kan? before this ramai yang xboleh cari information tentang tempat ni kat internet. so, alang - alang pak alang aq akan cuba kupas segalanya demi keselesaan anda! ibarat CEO pula ye..lets check it out!


bila masuk je, 500m lepas tu jumpalah rumah kecil ini yang dipanggil pondok pengawal. menemubual sedikit ibarat reporter dypun menunjukkan jalan yang lurus ke water park tersebut.


TADAAAAA! terkejut x? ok xmenjadi! nampak anak panah tu? masuk je lah apa tunggu lagi. kemudian kedengaran suara - suara gumbira di belakang! biasalah kanak - kanak xseperti aq cool saja. da biasa! siap - siap park kereta melenggang kangkung seperti itik pulang petang ( macam bagitau semua orang je bontot aq bosau ) tiba - tiba nampak ini pula :


mau masuk mau register lah! keluar duitlah! kecinggg...kecinggg...pecah tabung bersama - sama di situ bagi membuktikan sikap gemar menabung kami. berjalan dengan hati lara kerana duit telah susut .


memberi salam ditangga itu, tanda budi bahasa kami tetapi dimaki hamun oleh kakak tersebut kerana itu bukan rumah dy. tak de manners betul nyampah! xmo amik gambar dy!


inilah duit yang dibayar setelah dicopet dari tabung masing - masing. yang muda jelita 13 tahun ke atas RM10 yang kanak - kanak manja 6 tahun ke atas RM5. free bagi warga 916 dan 6 tahu ke bawah! tapi tu untuk weekdays for weekend semua golongan umur tambah RM5. tengok tu ingatkan fast food restaurant je ada government tax masuk sini pun ada juga! haishhh...

kemudian terkinja - kinja lari kerana jakun nak mandi dengan air ( selama ni ko mandi dengan apa? biarkan dy masih jakun! ) tiba - tiba confius! masih bermimpi atau alam nyata ni?? tolong - tolong..


di Rom kah? atau di Kempas kah? tak percaya? meh close - up sikit.


amacam? percaya? macam kat Rom kan? maybe ni identiti dy ataupun tengah renovate. entahlah!

hanya aq dan nabihah saja yang menggedik ingin mandi sangat - sangat. maka dengan itu kami basah dulu!! jangan berfikiran yang bukan - bukan ye..basah kerana air di kolam itu! bukan sebab @#$%^&*)-=+ choooii!


yeeee! kita basah dulu kan adik kan??

demi menjadi pemandi yang berjaya aq ajak nabihah naik slide yang tinggi di situ kemudian kami..kami..kami..kami..kami..kami..lemasssssssssss! jangan ketawa! aq tahu berenang dan takut nak menyelam. entah kenapa hari ni gatal pula nak join adventure yang begitu. da la seluar track tersebut agak licin laju je turun. bushhhh! jatuh dalam air gedegang tertolak kepala nabihah terkena lantai kolam! dengan gelabah cuba naik! padahal air paras pingang je! APAKAH?


nampak anak panah tu? kami lah tu! baru lepas lemas! nampak xprihatinnya seorang kakak yang membelai adiknya? bongkak sungguh! biarkan dy dah la lemas!

bila da lemas tak berani nak bersuara kuat - kuat. amik gambar je bagi menghilangkan gemuruh itu. patutkah?











lepas masing - masing dah kecut dan hari pun dah mendung kitaowg decided mau pulang ke rumah yang telah dirindui. mari cari toilet. jumpa satu tapi xde paip pe semua cuma jamban je. toilet yang macam kat certain ktm ada. contoh kt Dato' Harun, PJ. macam tu lah. geli sebab busuk gila. pusing, jalan, putar kemudian jumpa. ini dy :


sangat kicik ini toilet. ladies boleh tengok gent. oh mai got! scary gilaks! naseb baik ramai kalau tak memang aq balik basah - basah juga!

antara gambar - gambar yang sempat dicapture dalam jalan pulang :


sila abaikan seluar pender pink itu! LUCAH SANGAT PEMILIKNYA!


ow mai got! seluar pender pink ini lagi!









ada pasir! ala - ala pantai. cantek kan?





usaha maju jaya! dah siap renovate call saya ye! asal harga maintain saya datang!





nampak x? dowg nak wat bar dekat air? wow! wet shirt water gonna be?




xperlu risau bab makan. ada disediakan tapi kena bayar la. harga affordable oklah! tapi kacang tu xmasuk akal! RM1 cinonet begitu?






air dalam bulatan tu sarsi radix. 1st time rasa sedap. not too sweet macam sarsi lain. gas pun kurang! patut cuba yee!












ok BYEEE!

jangan lupa datang sini! share lah tempat yang best di tempat korg pulak!
MUAHHH! ( sejak bila ni? )






















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

atika berkata...

kenapa korang memergikan diri tanpa mengajaki aku, ohoi sangat menyakitkan hati la ini..

myza_zaza berkata...

aduhai.ampun diminta!
lps kta praktikal around jun kita g ok!

Catat Ulasan